Web design? Well sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing. Sebab abam dah bergelumang dengan wordpress ni mencecah 10 tahun dah pun. So kalau nak kena buat design ni mungkin juga abam dah serik. Serik dengan perangai orang yang bayar murah mengharapkan hasil mahal. Serik dengan perangan cust yang berpuluh kali revision.

Waktu itu berlaku lambakan ramai orang tahu menghasilkan blog sendiri. Juga ramai yang offer service murah – murah. Bagi premium theme yang diciplak dan jual dengan harga rm400 sebuah blog. Macam mana nak cari makan derrr.. Siap bagi hosting dan nama domain pulak tu.

Memang waktu tu abam sampai buat kerja offline, sebab masa sama abam ada kedai repair komputer. So taklah stress sangat. Ditambah lagi Google maps abam berjaya dok 1st page dengan berbagai job supply komputer, printer dan laptop. Dari printer tahan lama untuk kegunaan di offshore hingga laptop mahal ke dubai abam supply. So kerja ni quite fun jugak. Abam sempat ada beberapa client antaranya beberapa syarikat construction yang ambil pm service.

Hingga abam tersalah langkah sebab ambil satu job yang mewajibkan abam duduk di pulau susah nak hujan iaitu Pulau Labuan. 5 Bulan disana dan bos abam suka beri rasuah. Orang tak minta pun dia yang suapkan ke poket orang. Katanya senang kamu nak berurusan nanti. Sampai one day abam dengar dia belanja kontraktor sampai 15k dan gaji abam tertunggak sebanyak 20k. So I decide untuk berhenti kerja dan pulang ke kg halaman abam di kl..

Waktu balik kl, kawan kolej abam yang buat abam terjebak dengan laman web ubat kuat ni. Kerja abam masa tu tolong update blog. Letak no tel dia, dan dia beri abam dalam rm250 seminggu. Abam memang dah lama tahu buat seo pada masa ni, jadi web kami rank tinggi. Satu hari member cakap, blog awak kena block. Abam pun cek dan dengan keciwa hampanya nak kena buat sebuah lagi blog.

Kemudian, abam buat beberapa buah blog serentak sebab untuk backup lah. Tapi kali ni abam letak no tepon sendiri. Memang gila sales ubat kuat ni rupanya. Sehari abam boleh bank rm1k dan ada kala sampai 3k pada hari gaji. Kawan abam cuma bagi 1k sebulan. Padahal yang buat kerja, yang bayar semua kos – kos tu abam yang keluarkan. Waktu tu memang produk satu itu saja yang paling popular sampai putus – putus stok.

Blog abam pulak dah jadi tempat rujukan setiap kali stok putus, update label sebab produk tiruan ikut rapat pakaging. So memang gila sales blog tu. Biasanya setiap domain yang rank tinggi menghasilkan profit lebih 50k sepanjang tempoh ia berkhidmat. Biasanya tak cukup setahun atau baru sempat renew sebulan, dah kena block.

So sepanjang masa ni memang abam tak aktif di facebook tetapi still make money online diam – diam. Banyak sangat, sampai satu masa orang pelik dan suka tanya – tanya. Waktu tu online biz belum diketahui ramai dan stigma mereka abam ni orang kerja online ni orang yang malas bekerja dan suka melepak. Tiada masa depanlah senang cerita.

So masa tu abam tengok kawan abam meniaga chicken chop di area uk perdana. So abam pun create satu resepi chicken chop dan mula meniaga depan kedai dobi abang abam. Lepas sebulan abam minta suku belah depan kedai dobi tu untuk buka kedai. Abang abam buat dobi job gov, dan dia tak ambil walk in cust. Sebab tu abam ambil belah depan tidak mengganggu. Dan kedai chicken chop tu juga menjual pelbagai benda dengan harga seringgit. Dari rezeki seringgit ini abam ambil untung kecil dan lebihkan sedekah.

Sebab pelanggan abam 90% adalah budak – budak. Budak – budak sampai kedewasa akan regular di kedai abam. Sebab abam niaga abam jual nugget yang rasa mcd tampura harga 50 sen seketul, dan rm2 5 ketul. Memang untung sepaket tu sekitar rm5 sahaja. Kentang goreng, rangka ayam, chicken jacket my signature, stik semua ada. Beroperasi di kedai yang luasnya 10 x 10 sahaja. Dengan untung rm100 – 200 sehari.

Rezeki seringgit, rezeki sedekah. Kemudian, pekerja abam telah mengkhianati abam. Apa dia buat tu biarlah abam dah maafkan. Lepas tu abam dapat seorang pengganti pepempuan madura yang masuk waktu maghrib, orang tengah ramai, dia tinggalkan aje untuk pergi solat dalam kedai dobi. Itu yang abam paling respek pasal kakak mona namanya.

Sejak kak mona masuk, abam beli stok main berkotak – kotak semuanya. Dia memang kerja tukang masak di kedai mamak. Jadi kemahiran masak, dengan ramah mulut, beriman dan hormat orang memang cukup. Masa sama pekerja abam tu buka dan jual yang sama di seberang jalan saja. Memang dugaan, bila abam nak bayar gaji pun tak cukup sebab SEMUA budak – budak ni ada satu kepala. Si kepala ni pulak dapat komisyen bila bawa budak – budak tu kekedai pekerja abam.

Mula – mula orang area seberang jalan tu ingatkan abam punya juga. Sebabnya mereka beritahu ini abam punya jugak.. Mula – mula je kedai depa ramai. Tapi lepas tu mak – mak depa dapat tau anak dia lintas jalan besaq nak gi beli ayam yang mahal 20 sen dari tempat regular, kena bisinglah. Dan biz abam yang ala – ala tepuk lalat tu meriah semula uolsss!

Sampai abam kahwin dan abam tinggalkan sentul untuk ke bangi, menetap disini. Kedai abam tu satu dua bulan saja abam jaga sebelum beri pada abang abam jaga ambil biz tu sebab abam tak boleh jaga dari jauh dan kos turun kl pun boleh tahan. Dari situ biz tu down dan dobi pun tiada job, abang abam kata tak boleh dapat sehari 300 ke 400 collection dengan kak mona. Tak balik untung katanya.

Ex Pekerja abam tu elok – elok dapat buat 2 kerja. Siang dobi dan malam memasak dikedai abam, sebabkan sia – siakan kepercayaan yang abam beri, income boleh cecah 2000+ sebulan. Lepas duplicate biz abam, dia dan partner dia merupakan kawan baik abam sendiri, mengadu domba balik dan siap nak minta kerja dengan abam lagi. Lepas perniagaan mereka gagal.

Apa yang missing dalam formula korang?

Sedangkan kau jual mahal sikit, kau curi pelanggan aku dan kau guna barang yang sama kualiti dengan abam. Katanya jualan banyak juga, tapi tak untung. Dia pelik macam mana abam boleh tak sentuh duit jualan ubat kuat. Abam simpan 12k dalam masa 6 bulan dan siap dapat kahwin lagi. Dan kedai pun begitu kembali ramai dan meriah.

Kemudian bila abang abam dah tutup kedai depan, kawan – kawan abam yang sebelum ni jiran sebelah kedai berebut nak buka kedai ala – ala yang abam buat. Rupanya korang jeles ek pada biz abam. Dan korang rasa lokasi is all about. Tapi pada abam bukan tentang lokasi.

Korang pernah buat biz abam dan korang still kata lokasi. Bukan pasal lokasi, kerana HATI sebenarnya. Aku senyum dan tepuk tangan bila perniagaan stall burger kau maju. Lepas kau pindah kesebelah kedai aku. Abang aku ambil alih pun dia tak dapat make profit di kedai yang sama.

Kalau tengok, abam susah nak marah orang sebab pelanggan aku budak – budak. Abam terima dorang budak – budak, susah dengar kata. Sebab tu abam tak suka marah customer. Malah abam bagi depa coklat, gula – gula dan aiskrim. Kadang bila budak datang dan dia nak 2-3 barang sedangkan duit dia tak cukup, sama ada abam ambil apa yang ada atau abam sedekah je. Kau beri satu dua sedekah takkan rugi bisnes kau. Malah Allah pulangkan 700x ganda.

Teringat sorang pelanggan abam budak darjah 6 anak tok bomoh. Dia akan datang setiap kali masuk maghrib dan masa abam bersiap kesurau. Dia akan order sosej dan nugget setiap hari sebelum di pergi mengaji. Ada harinya tak cukup duit dia bagitau. Tapi dia tak pernah dapat tak cukup, walaupun duitnya tak cukup. Itu pentingnya menjaga cust. Ini orang nak ambil sos blackpaper korang nak caj 20 sen. Berkira sangat, takde duit perut lapar. Tapi kedai abam, tiada duit masih dapat free item dengan wajah riang lagi, senyum sampai ketelinga.

Sebab tu bila balik sentul aje. sepanjang jalan blok ke blok rumah pangsa, memang tak sunyi. Sentiasa ada panggilan mesra Uncle Am! Uncle Am! Uncle Am! di sana sini abam jalan. Panggilan dari budak – budak yang perutnya tidak dihampakan. Dan itu adalah sebabnya kenapa perniagaan engkau perlu ada freegift, perlu letak niat nak tolong dan perlu ikut cara nabi. Dan itu adalah formula abam yang engkau tahu tapi kau tak mahu ikut.

Dalam business, abam tak ikut mana – mana tokoh kecuali Nabi Muhammad SAW. Baginda sahaja tempat abam beramal soleh dalam perniagaan. Sifat pemaaf Baginda adalah yang abam selalu contohi. Memang benar, sangat sukar. Dan abam pun ambil masa bertahun, hingga saat ini abam tak pernah rasa sesiapa berhutang dengan abam walaupun mereka mengambil dalam jumlah yang banyak dan ada sesetengahnya bersikap menganiaya.

Abam maafkan mereka dan abam doakan mereka masuk syurga. Sebab itu yang nabi ajar. Siapa abam untuk tidak memaafkan mereka? Sedangkan abam pun berharap keampunan dari Allah. Harap dengan mendoakan kebaikan pada mereka, abam juga dapat masuk syurga kelak.

Sebab perjalanan kita jauh lagi. 63 tahun dibumi bersamaan 1.5 jam di akhirat. Masa dibangkitkan dari kubur pun kita akan berjalan selama 6 ribu tahun untuk sampai padang masyar. Bagaimana amalan kita di dunia, begitulah hasilnya dalam perjalanan ini. Ada orang dia saja yang nampak cahaya terang depannya, sangat mudah perjalanannya. Ada orang, cahaya itu kejap timbul dan lama padam membuat mereka terdiam dan tak tahu mana nak tuju. Ada orang perjalanannya mendapat tunggangan kerana mati syahid, atau ada melakukan ibadah qurban dan aqiqah semasa hayatnya.

Lantas kerana jauhnya perjalanan ini, Nabi SAW simpan mukjizat beliau dan tukarkannya kepada Perigi Alkhausar, untuk umat Muhammad SAW melepaskan dahaga masa perjalanan jauh kita nanti. Semua kebaikan selepas mati, kita kena kejar. Kena dapatkan. Didunia kita tak jadi STAR tak apa. Sebab yang masuk ke syurga dan menjadi STAR pada Allah nanti, adalah orang yang sering ditindas dan tidak popular didunia.

Ingatlah kawan – kawan, bila kita mati, semua prada, iphone, merc dan orang – orang yang sangat berharap pada kita, akan meninggalkan kita. Mereka semua akan skip nama anda dari senarai buku telefon, mereka skip anda dari jemputan kahwin anak mereka. Yang cuma dinilai adalah amalan dan untuk mendapat amalan yang baik semuanya berpunca dari HATI. Kerana itu hati adalah perkara yang perlu kita jaga semasa kita hidup.

Perjalanan hidup kita ini dipenuhi duri – duri (dosa). Kita perlulah jalan tanpa memijak duri – duri ini. Ia sukar, tetapi sekali kau letakkan nak elak dari memijak duri ini, hanya perlu tekadkan dari hati. Selangkah kau nak ubah, 1000 langkah Allah datang padamu.

Baik, telefon abam dah start non stop ringging, so abam perlu mulakan kerja. Jadi terima kasih kerana sudi  baca abam merepek disini. Nanti next time abam cerita, acaner nak run biz Merc guna Kancil. Assalamualaikum.