Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam beberapa hari lepas ada pertanyaan di Group FB KKWP tentang galery gambar yang ala – ala facebook galeri. Perkara ini memang boleh diadakan, kerana sebelum facebook gunakan, kami di komuniti wordpress dah lama gunakan fungsi ini.

Ia di panggil Lightbox, dan sehingga kini terdapat puluhan plugin yang support penggunaan Lightbox ini. Tujuannya untuk membuat presentation gambar didalam blog anda jadi lebih menarik. Ia boleh dibuat untuk memaparkan Galeri Gambar ala – ala facebook.

Kenapa Ala – Ala Facebook Ye?

Sebab orang nampak fungsi ini pada facebook untuk pertama kali. Jadi mereka akan refer semuanya dari facebook. Pastinya ramai web developer yang baru berjinak dengan wp tidak tahu tentang kewujudan plugin seperti ini. Sedangkan pengguna wordpresslah yang mula mencipta code ini dari java script. Akan tetapi, pada masa ia mula diperkenalkan, ia banyak menggunakan fungsi js dan juga flash. Website akan menjadi berat.

Akan tetapi sejak Google Chrome tidak support flash, para coder mula mencipta lightbox yang lebih ringan dan sangat mudah di configure. Dan hasilnya hari ini, anda boleh pilih puluhan plugin lightbox untuk tujuan ini.

Saya menggunakan Lightbox Plus Colorbox yang memberi gambar berbagai jenis frame yang sangat professional didalam bentuk popup.

Plugin ini bukan dari WP Library, sebaliknya saya guna dari developer luar. Jadi anda mesti pergi kelaman dibawah untuk download plugin ini secara percuma.

Lightbox Plus for WordPress

 

Untuk setting boleh lihat pada bahagian “Installed Plugin

Bahagian setting ni, saya hanya klik pad check box terakhir.

Pada bahagian Style anda boleh ubah mengikut jenis design yang anda mahu.

Cara guna pula, semasa masukkan gambar, pilih saiz thumbnail atau medium saiz sahaja, lepas itu jika pelawat nak besarkan gambar, mereka boleh klik pada gambar dan paparannya akan muncul tanpa beralih ke laman lain. Cara ini, interaksi dengan pelawat pada sesuatu pos akan berpanjangan dan Google Bounce Rate boleh turun. Serta meningkatkan trust flow dan juga citation flow didalam blog anda untuk rank lebih tinggi.

Sekian update berkaitan WP Plugin yang anda boleh gunakan untuk rendahkan bounce rate dan tinggikan ranking di Google. Jika anda belum dapatkan Course Video SEO saya sila semak pada link dibawah.

Video SEO – Cara Tawan Muka Satu Google

Saya beri akses percuma tentang teknik seo yang sebenar apabila anda masukkan nama dan email pada bahagian yang disediakan. Assalamualaikum dan jumpa lagi dalam entry yang lain.