Dalam artikel sebelum ini, anda diajar bagaimana untuk mendapatkan alamat email dengan nama domain sendiri. Namun untuk mengaksesnya, anda perlu menggunakan Webmail Cpanel. Yang mana Webmail tersebut agak tidak menarik dan sukar digunakan.

Jika anda belum tahu bagaimana untuk membuat alamat emel sendiri. Sila baca artikel kami yang terdahulu di pautan di bawah.

Dalam artikel ini anda akan diajar langkah demi langkah untuk mengintegrasikan akaun Gmail anda dengan akaun emel nama domain anda.

Cara Mengitegrasikan akaun Gmail dengan nama domain sendiri

  1. Masuk ke dalam akaun Gmail anda dan klik butang tetapan seperti gambar di bawah
  2. Kemudian klik Akaun dan Import dan klik tambah satu lagi alamat emel di Hantar Mel Sebagai.
  3. Kemudian masukkan alamat emel nama domain anda. Kemudian klik seterusnya.
  4. Di halaman seterusnya, anda diminta untuk memasukkan maklumat server anda. Untuk mendapatkan maklumat server anda. Masuk ke Cpanel Hosting. Cari Akaun Emel. Dan Set Up Mail Account di emel yang telah anda buat dalam tutorial sebelum ini, jika tidak sila lihat DI SINI untuk membuat akaun emel sendiri.
  5. Maklumat tetapan anda akan terpapar di sini. Sila gunakan maklumat ini dalam langkah seterusnya. Maklumat ini hanya contoh sahaja, sila gunakan maklumat anda sendiri.
  6. Isikan maklumat SMTP anda, rujuk maklumat di langkah 5. Sila pastikan port sama dengan port yang terpapar dalam gambarajah langkah 5, biasanya 465. Seterusnya klik tambah akaun
  7. Seterusnya anda diminta untuk memasukkan kod pengesahan. Kod ini boleh didapati di dalam emel Webmail Cpanel.
  8. Log masuk akaun Cpanel Webmail anda, dan dapatkan kod pengesahan, dan tampalkan di langkah 7. Kemudian tekan Seterusnya.
  9. Tahniah, kini emel anda berjaya ditambah dalam akaun Gmail anda. Untuk menjadikan alamat emel ini sebagai alamat emel utama yang digunakan semasa menghantar emel dari akaun ini, sila klik jadikan lalai di emel nama domain anda. Seterusnya untuk menerima emel yang dihantar kepada anda, klik tambah akaun mel di Semak mel dari akaun lain.
  10. Masukkan emel nama domain anda dan tekan seterusnya.
  11. Pilih import emel dari akaun lain (POP3), tekan seterusnya.
  12. Masukkan maklumat POP3, sila rujuk gambarajah dalam langkah 5. Pastikan menggunakan port yang betul, dalam kes ini port 995. Klik sentiasa menggunakan SSL dan klik juga Labelkan emel sebagai… Tekan simpan perubahan.
  13. Tahniah, kini anda boleh menerima dan menghantar emel nama domain anda melalui akaun Gmail. Di dalam gambar di bawah, adalah contoh akaun yang sudah berjaya diintegrasikan. Emel yang mempunyai label nama emel domain anda adalah emel dari akaun Cpanel Webmail.

Diharap tutorial ini boleh membantu anda dalam mengintegrasikan alamat emel di dalam akaun Google anda.

Berminat untuk menjadi penulis artikel di wpmalaya.com? Emelkan permintaan anda kepada admin@wpmalaya.com. Bersama-sama kita berkongsi pengetahuan.