Nak tahu fakta menarik mengenai wordpress? Usia wordpress sendiri dah genap menjadi 14 tahun tahun ini. Saya sendiri boleh dikatakan pengguna wordpress baru hampir menggunakan WordPress setahun. Saya nak kongsikan sedikit fakta menarik mengenai wordpress yang mungkin ramai tidak tahu.

1-Usia WordPress Lebih Tua Berbanding Facebook

Versi pertama dilancarkan pada tahun 2003.

2-Wordpress adalah “Open Source” dan ianya percuma

WordPress dilancar dibawah lesen GNU GPL. Sesiapa sahaja boleh memuat turun dan menggunakannya. Source code nya boleh digunakan, diubahsuai dan dibina website.

3-Wordpress ada lebih 50 Ribu Plugin Percuma

Plugin adalah alat tambahan untuk pengguna wordpress. Terdapat lebih 50 Ribu Plugin Percuma untuk pengguna wordpress menambah baik fungsi-fungsi tertentu ke dalam wordpress mereka.

5-Wordpress tidak dipunyai oleh mana-mana syarikat

Oleh kerana WordPress ialah sumber terbuka iaitu open source, maka pengasasnya Matt Mullenweg mencipta Yayasan WordPress. Organisasi bukan keuntungan ini memiliki cap dagang ‘WordPress’, dan melindungi kebebasan yang ditawarkan oleh lesen sumber terbuka perisian.

6-Lebih 1 Billion Plugin Di Download

Muat turun plugin oleh pengguna wordpress merentasi 1 billion pada 2016

7-Bahasa WordPress Menggunakan PHP & Guna Database MySQL

WordPress ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan menggunakan MySQL untuk pangkalan data.

8-Wordpress.Org tak sama dengan WordPress.Com

Sumber Gambar : mythemeshop

WordPress dot org adalah sumber terbuka “Open Source” yang benarkan anda buat dan ubahsuai  website ikut citarasa anda. WordPress dot memerlukan hosting sendiri.

Sekat pembacaan saya dan pemahaman saya tentang wordpress, ini sahaja fakta menarik mengenai wordpress yang sayang boleh kongsikan. Saya tahu, ada banyak lagi sebenarnya fakta menarik mengenai wordpress yang saya belum faham. Hehehe.

Ada penambahan mengenai artikel dibawah boleh komen ya. Atau ada silap fakta daripada saya mohon kawan-kawan betulkan. Sekian Terima Kasih.