Laman WordPress Menarik
“Wow, lawanya laman web ni, guna tema apa ye?”. “Jap, nak inspect element jap”. “Aik, tak jumpa pun tema apa dia pakai”. Rungut Ali sambil menggaru-garu kepalanya yang botak.
Pernah alami situasi di atas? Pening nak baca kod dalam “inspect element” semata-mata nak tahu tema apa yang sesuatu laman web itu pakai?

Ihsan MyThemeshop
Jom kita tengok cara senang nak semak tema laman web wordpress.
Cara semak tema laman web wordpress
Cara paling mudah untuk menyemak tema laman web wordpress adalah dengan menggunakan Wpthemedetector. Dengan laman web ini, anda mampu menyemak tema laman web wordpress dengan hanya satu klik sahaja. Langkah pertama adalah dengan masukkan alamat laman web yang ingin disemak ke dalam Wpthemedetector.
Di sini anda akan dapat melihat tema apa yang digunakan oleh laman web tersebut. Di sini contoh tema yang digunakan oleh wpmalaya.com
Selain itu, Wpthemedetector juga boleh mengesan pemalam yang digunakan oleh laman web tersebut, namun bukan semua pemalam dapat dikesan.
Dan yang paling menarik adalah Wpthemedetector boleh memberikan info asas mengenai kedudukan laman web anda dengan Alexa Rank
Mudah dan senang
Bagaimana? mudah kan? Lain kali tak perlu lagi nak “inspect element” bagai. Guna jer Wpthemedetector. Jom kongsikan artikel ini kepada rakan anda jika anda rasa artikel ini berguna? Anda ada cadangan lain yang lebih mudah nak semak tema wordpress? Kongsikan dalam komen di bawah.
http://scanwp.net/ juga satu lagi laman yg sama dengan wpthemedetector.