Assalamualaikum dan Salam Hormat. Kali ini saya nak buat sebuah atikel berkenaan Cara Buat Link Whatsapp Menggunakan Domain Sendiri. Saya pasti ramai yang nak ada satu domain khas untuk bisnes online anda di facebook.

Ok, Saya Straight To The Point terus.

Benda yang anda perlu ada ialah satu nama domain dan hosting. Saya akan tunjukkan cara untuk guna satu domain saya yang tak digunakan dari akaun namecheap.com.

1-Pertama sekali log in ke akaun namecheap. Pilih nama domain yang anda nak guna. Klik manage.

 

2-Kemudian, anda pilih di bahagian nameserver, pilih custom dns dan add nameserver hosting yang anda langgan.

 

3-Selepas itu download dulu file ini.  (download sini – wasap.asyrafazmin.com/download.zip). Kredit kepada Tuan Asyaraf Azmin. Seterusnya Extract File tadi. Anda akan dapat satu file PHP. Buka File tadi dengan note pad.

Setkan bahagian nombor telefon dan mesej yang anda nak. Kemudian Save.

 

4-Langkah Seterusnya ialah Log In ke akaun cpanel hosting anda.

5-Pergi ke addon domain dalam cpanel. Sila masukkan domain anda.

6-Pergi ke File Manager. Klik pada nama domain yang nak dijadikan link whatsapp anda.

7-Upload file php “index” yang telah diedit nombor telefon dan mesej yang anda nak.

Upload Selesai.

8-Boleh test yang saya buat. Klik link ni, www.autopmfb.biz

bila klik dia akan redirect ke nombor whatsapp. Senang kan?

Baca Lagi : Cara Buat Link Whatsapp Guna Domain Percuma 1 Tahun

Harap artikel ini memberi manfaat kepada semua.