Pada entri ini saya kongsikan plugin yang dapat membantu untuk anda membuat carian pelanggan yang terdapat di dalam pengkalan data anda.

Contoh dalam kes yang saya lalui ini adalah untuk kemaskini maklumat peserta qurban dan aqiqah yang di jalankan di Kemboja, Madinah, Selatan Thailand dan lain-lain negara. Dalam kes ini pelanggan mahu tahu status apakah yang sedang  dijalankan oleh pihak syarikat pemegang amanah yang menjalankan qurban atau aqiqah ini, sama ada ibadah qurban atau aqiqah tersebut sudah dijalankan ataupun belum?

Jadi untuk itu saya telah dijumpakan dengan satu plugin(pemalam) yang berguna untuk dapatkan fungsi di atas ini oleh Pakcik Google.

BINA SISTEM CARIAN PELANGGAN DENGAN PLUGIN INI

 

Di antara dua senarai plugin yang keluar pada carian di atas saya memilih untuk cuba Custom Searchable Data Entry System. Hasil carian yang saya dapat ini sangat membantu untuk saya dapatkan fungsi yang saya sebutkan di atas tadi.

 

Hasilnya yang saya dapatkan dari menggunakan plugin ini ialah seperti berikut :

Masukkan Data Entry Di Sini :

https://eskay.my/aqiqah-data-entry-form/

Ini saya untuk admin akses sahaja bagi kemaskini maklumat. Jadi anda tidak perlulah akses masuk ke dalam Dashboard WordPress terlebih dahulu untuk kemaskini maklumat pelanggan dan status pelanggan.

Untuk Pelanggan Cek Status Di Sini :

https://eskay.my/status-aqiqah/

 

Jadi seterusnya bagaimana nak gunakan plugin ini?

Langkah Pertama

Pastikan anda telah Install plugin di atas ini melalui repositori WordPress pada web WordPress :

https://domainanda/com/wp-admin/plugin-install.php dan seterusnya buat carian berikut :

Custom Searchable Data Entry System

kemudian klik Install Now & terus Activate

Langkah Kedua

Pada bahagian panel WordPress, Klik pada Custom Searchable DES > Create Form

BINA SISTEM CARIAN PELANGGAN DENGAN PLUGIN INI

Anda perlu bina form untuk memasukkan data-data pelanggan seperti yang terdapat pada form di sini : https://eskay.my/aqiqah-data-entry-form/

Masukkan Form Name dan klik Create Form.

 

 

 

Langkah Ketiga

Pada bahagian panel WordPress Custom Searchable DES > Add Fields

BINA SISTEM CARIAN PELANGGAN DENGAN PLUGIN INI

Pilih Form yang anda telah bina pada langkah sebelum ini. Kemudian masukkan Field Name, contoh di bawah saya masukkan Nama, Field Type pula saya pilih Text Field dan klik pada Add Field untuk tambah Field Nama.

Selepas itu anda boleh tambah beberapa Field lain yang di mahukan.

 

Langkah keempat

Klik pada Custom Searchable DES >Forms dan anda akan dapati Field yang anda masukkan tadi sudah ada seperti gambar rajah di bawah. Sekarang ada Field Nama, Link Website dan No Telefon.

Pada bahagian atas borang yang telah siap terdapat shortcode seperti berikut :  [sds-form form=”wpmalaya”]. 

 

Anda boleh copy dan paste shortcode tersebut pada page yang anda mahukan.

 

 

Langkah Kelima

Isikan form yang anda telah buat tersebut dengan data yang anda mahukan untuk fungsi carian dapat digunakan pada langkah seterusnya. Contoh >>> https://eskay.my/wp-malaya-form/

Page ini saya jadikannya sebagai private sekiranya mahu mengelakkan orang lain mengakses ke halaman ini.

Selepas isikan borang di atas ini anda boleh periksa sama ada data tersebut telah masuk ke dalam Entries atau belum di Custom Searchable DES > Entries.

 

Anda akan dapati satu shortcode khas untuk Entries dalam bentuk Jadual menggunakan shortcode [sds-entry table=”wpmalaya”].

 

Langkah Keenam

Anda perlu ke halaman Custom Searchable DES > Options. Pada halaman ini anda akan diberikan contoh shortcode untuk anda hasilkan borang enjin carian data pelanggan anda tadi.

 

Anda boleh gunakan [sds-search] untuk buat carian secara umum pada mana-mana Entries Table yang ada. Dalam keadaan ini saya mahu gunakan shortcode :  [sds-search table=”name”] untuk digunakan pada halaman enjin carian data pelanggan, saya tukarkan “name” kepada nama form yang saya bina pada awal tadi [sds-search table=”wpmalaya”]

 

Pastikan tick pada tickbox “Search Tables Separately With Separate Search Engines” untuk mengasingkan carian dengan table yang terdapat di dalam database.

 

 

Hasilnya setelah selesai anda akan ada enjin carian sendiri untuk senarai pelanggan anda. Anda boleh buat carian melalui borang yang terdapat pada halaman seperti di bawah sama ada melalui nama, no kad pengenalan, no tracking dan sebagainya. Contoh yang telah disediakan untuk anda >>> https://eskay.my/search-engine-data-entries-wpmalaya/

Sekian… Selamat mencuba 🙂