Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda, cara dapatkan apa – apa plugin versi terkini yang anda beli di Codecanyon. Katakan yang anda telah membeli sebuah plugin dan theme wordpress di codecanyon dan themeforest. Kedua – duanya adalah under satu syarikat iaitu Envato. Plugin ini biasanya cuma beri update selama 6 bulan. Dan lepas dari tempoh itu perlu bayar extended service supaya plugin anda kekal up to date.

Untuk tujuan ini, anda perlukan sebuah plugin yang disebut Envato Market. << Klik Untuk Download.

Pasangkan didalam blog wordpress anda. Kemudian lepas activate, klik pada menu Envato Market dan klik setting. Anda akan lihat paparan seperti dibawah.

Sekarang, anda perlu SET TOKEN untuk digunakan didalam blog anda yang sedia ada, atau blog baru. Pastikan anda dah login di https://market.envato.com/ .Klik pada “generate a personal token” seperti paparan diatas. Anda akan dibawa ke laman dibawah untuk create token. Beri token nama dan pilih kotak – kotak dibawah.

 

Terakhir adalah klik create token, dan anda akan dibawa ke laman berikut. Ia mengandungi token anda.

 

Copy token anda, dan paste di ruangan setting; didalam setting plugin ini. Kemudian, plugin belian anda akan kelihatan disini. Anda boleh download atau update latest version.

Macam mana? Suka dengan tips ni? Kalau suka, tolong rajin – rajinkan tangan tolong share ye. Assalamualaikum, dan jumpa lagi.