Author: Afif Sukri

Cara Semak Tema Yang Digunakan Laman Web WordPress

Laman WordPress Menarik “Wow, lawanya laman web ni, guna tema apa ye?”. “Jap, nak inspect element jap”. “Aik, tak jumpa pun tema apa dia pakai”. Rungut Ali sambil menggaru-garu kepalanya yang botak. Pernah alami situasi di atas? Pening nak baca kod dalam “inspect element” semata-mata nak tahu tema apa yang sesuatu laman web itu pakai? Jom kita tengok cara senang nak semak tema laman web wordpress. Cara semak tema laman web wordpress Cara paling mudah untuk menyemak tema laman web wordpress adalah dengan menggunakan Wpthemedetector. Dengan laman web ini, anda mampu menyemak tema laman web wordpress dengan hanya satu...

Read More

5 Tip Bina Laman Web WordPress Menarik

Seni Bina Laman Web Anda perasan atau tidak, dua orang bina laman web, menggunakan tema yang sama, tetapi hasilnya berbeza. Satu amat cantik, satu lagi kurang menarik. Yang peliknya kedua-duanya menggunakan tema yang sama, gambar yang sama, ayat yang sama. Namun keputusannya tetap berbeza. Di sini akan dibukakan rahsia apakah yang menjadikan laman web lebih cantik dan menarik daripada orang lain. Tip Bina Laman Web Menarik Gunakan tema pelbagai fungsi yang sama. Ya, setiap tema terutama tema yang terkini memerlukan proses pembelajaran yang berlainan. Anda perlu memahirkan dahulu setiap teknikal dalam setiap tema. Bila anda mahir, anda mampu mengubah...

Read More

Fahami Limitasi Cpanel Hosting

Unlimited Hosting Pasti anda pernah dengar berkenaan syarikat hosting yang menyediakan pakej unlimited. Secara amnya, “unlimited” ini hanyalah trik pemasaran sahaja. Adalah mustahil bagi syarikat webhosting memberi akses tanpa had kerana di sebalik tanpa had tersebut, adanya perkakasan komputer yang terhad. Namun syarikat webhosting boleh memberi akses “tanpa had” dengan syarat-syarat tertentu. Di sini saya akan terangkan satu persatu apa maksud terma yang digunapakai oleh hosting. Ini penting agar anda faham yang mana limited dan yang mana unlimited. Terma dalam webhosting Physical Memori Usage: Di sini adalah jumlah RAM yang diberikan untuk akaun anda. Ini adalah jumlah RAM maksimum...

Read More

WordPress 4.9, Apa Yang Perlu Anda Tahu?

WordPress Versi 4.9 WordPress mengalami pertumbuhan yang amat pesat. Baru sahaja WordPress versi 4.8 dilancarkan. Kini versi 4.9 dikhabarkan akan dilancarkan pada 14 November 2017. Namun, apakah yang menarik sangat dengan versi 4.9 ini? Jom kita lihat satu persatu. Mengedit, menyimpan dan menjadualkan perubahan tema Jika sebelum ini, jika anda melakukan sebarang perubahan pada tetapan tema. Anda perlu menerbitkan untuk menyimpan tetapan tersebut. Di dalam versi 4.9, anda boleh mengubah tetapan tema dan menyimpan sebagai draf tanpa menerbitkan perubahan tersebut. Selain itu, anda anda juga boleh menunjukkan pratonton tetapan baru anda kepada rakan anda dengan memberikan url pratonton yang...

Read More

5 Laman Web Yang Kita Tak Sangka Menggunakan WordPress

CMS WordPress WordPress adalah satu sistem pengurusan kandungan (CMS) yang amat popular di dunia sehingga hampir 63% laman web yang menggunakan CMS adalah wordpress. Jadi tidak hairanlah jika terdapat syarikat antarabangsa yang menggunakan wordpress di dalam laman web mereka. 5 Laman web syarikat antarabangsa yang menggunakan WordPress Microsoft News Center. Ini adalah laman web milik Microsoft yang mana menyediakan kandungan berita berkenaan teknologi serta produk Microsoft. Mercedes Benz. Laman web korporat rasmi milik Mercedes Benz. Walt Disneys. Ini juga laman web korporat rasmi milik The Walt Disneys Company. Playstation Blog. Ini laman web berita bagi produk konsol dan permainan Playstation....

Read More