Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

 

Page Authority atau PA secara mudahnya adalah tentang jumlah link yang terdapat didalam sesuatu laman. Namun perkara ini juga mengandungi perkaitan dengan inbound link yang ada saya sentuh didalam pos Apakah DA. Inbound link merupakan backlink yang datang dari website yang DA nya tinggi. Akan tetapi, PA dikira dari On Page Linking dan Offpage Linking.

Apakah Maksudnya Ini?

Onpage Linking – Jika anda masukkan banyak link didalam blogpost, PA akan naik.Ini yang paling utama. Anda mesti masukkan link reference atau ambil contoh seperti wikipedia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Jika anda lihat pada wikipedia tentang Malaysia pada gambar diatas, anda akan lihat ada banyak Internal Linking iaitu link ke pos dalam domain atau blog yang sama.

Senang cerita anda linkkan dengan pos yang lain juga. Selain itu dengan memasukkan Tag Cloud, Category, Archived Monthly – Yearly, Page Nagivation.

Selain itu jenis link onpage pula penting seperti saya tunjukkan dalam garis putus didalam gambar atas. Anda juga boleh hostkan 10 saat video pada page (money site), pdf dan fail muzik seperti mp3 atau wma untuk mempelbagaikan jenis onpage linking.

Jangan tak tahu, gambar juga memainkan peranan penting didalam menaikkan PA. Dengan kecilkan gambar. Letak Call To Action Suruh Pelawat Klik, juga berkesan untuk mempelbagaikan jenis link. Namun apabila gambar yang di klik kemudian ia masuk ke page gambar, perkara ini tidak baik untuk seo. Kerana pelawat yang klik gambar tadi akan spend kurang 3 saat untuk melihat gambar. Ini menyebabkan bounce rate bagi page yang di klik menjadi tinggi, sebab pelawat spend terlalu sekejap dalam gambar yang di klik.

Anda boleh masukkan plugin WP – Lightbox yang akan ubah gambar itu kepada bentuk iframe popup tanpa tinggalkan page moneysite anda tadi. Dan jika anda lihat, popup juga memainkan peranan bagi membuat “interaksi” page anda dengan pelawat. Sama ada mereka klik pangkah atau masukkan email, itu sangat baik kerana Google pula melihat adanya interaksi dengan pelawat. Masa akan datang, ia akan rankkan page ini lebih tinggi bagi carian keyword yang sama.

 

Jadi jika anda nak PA anda naik, anda mesti mempelbagaikan interaksi pelawat dengan content blog anda. Paling penting ianya mesti di host sendiri. Jadi onpage linking adalah perkara yang wajib namun perlukan kerajinan untuk dipelbagaikan.

Offpage Linking – Offpage linking bukanlah anda kena buat backlink bagi post anda secara membabi buta. Tetapi untuk menjadi Authority seperti Rotikaya, website anda mestilah mempunyai laman social profilenya sendiri. Ini yang paling terbaik bagi offpage linking.

Nama domain anda mesti mempunyai Facebook Page, Twitter, Linkedin, Instagram, Youtube, Google+ Dan Pinterest yang OFFICIAL. Setiap kali anda buat pos, wajib anda share ke page – page ini. Setiap page ini akan menghubungkan dengan website anda. Cara ia berhubung adalah melalui blogpost.

Ini adalah satu cara yang sangat penting untuk anda meraih DA yang terdapat dari domain social profile diatas. Melalui cara ini tiada website lain boleh cuba TIRU atau JADI penyamar bagi blog anda. Anda akan menjadi AUTHORITY.

Kalau untuk website biasa kita kurang ambil berat, akan tetapi mempunyai “official site” sendiri di Google bagi orang ternama, artis, ahli sukan adalah penting. Bagi bisnes kecil dari rumah pun boleh jadi Big Brand di internet dan meningkatkan TRUST Pelanggan apabila mereka search jenama anda.

Kalau anda berkawan dengan Google dan cuba fahami dia, melaksanakan SEO tidaklah sesukar mana. Namun ia sebenarnya perlukan banyak kerja yang tidak semua orang mampu lakukan. Lantas hal ini diserahkan kepada Web Master. Peluang besar bagi anda yang mengusahakan bisnes Web Design kerana ilmu seo ini memungkinkan anda menjual sebiji telur pada harga seekor ayam. Untungnya berlipat kali ganda.

Oh ye.. sebelum saya terlupa, yang cabaran SEO WCB masih dibuka. Anda boleh menang One To One SEO Private Practice bernilai RM1500 selama 2 hari. Anda boleh belajar seo selama 7 hari melalui email. Kemudian, anda dijemput pula untuk “test ilmu” yang anda belajar tu dengan sertai cabaran seo wcb.

Untuk Join Sila KLIK

Cabaran SEO WCB

Untuk pengetahuan anda, Blog WP Malaya juga ada menyumbangkan hadiah Premium Unlimited Hosting dengan semua fungsi tanpa had.