Apakah Maksud DA Website Di Dalam SEO?

Satu soalan pendek yang menuntut penjelasan panjang. DA adalah singkatan Domain Authority. Ia adalah satu metrik yang digunakan untuk mengukur kekuatan untuk rank bagi sesebuah nama domain. Jika pada masa dahulu, DA ini tidak digunakan secara meluas kerana adanya Google PageRank yang memberi markah kepada nama domain tersebut. Google Page Rank ini diberi oleh Google sendiri untuk mengukur kekuatan sesuatu nama domain.

Lebih tinggi PR sesuatu nama domain, lebih bernilai ia dimata para pemain seo. Namun sejak beberapa tahun lepas, Google telah menghapuskan sistem page rank. Ini kerana para pemain seo biasanya cuba untuk mendapatkan Linkback ke website mereka. Dan cara mendapat backlink ini biasanya melibatkan aktiviti Spam. Dengan mempunyai linkback dari website yang tinggi page rank, website mereka juga akan mudah untuk menguasai muka pertama search engine seperti Google.

DA Gantikan Page Rank

Selepas Google menghapuskan sistem PageRank. Konsep DA mula diguna pakai secara meluas. Ini kerana para pemain seo kehilangan cara untuk melariskan service seo mereka. Kesemua laman yang mempunyai PR tinggi juga biasanya mempunyai DA tinggi. Oleh itu mereka mula mempopularkan konsep DA tinggi didalam aktiviti jualan produk seo.

Kekuatan DA diukur berdasarkan 3 faktor

  1. Usia Domain
  2. Kandungan Laman
  3. Inbound Link

Usia Domain memainkan peranan penting kerana lebih berusia sesuatu laman, akan lebih authority. Lebih lama nama domain itu, lebih Authority nama domain tersebut. Laman itu perlulah mengekalkan “niche” supaya lamannya dapat mengekalkan domain authority nya.

Kandungan Laman pula penting bagi membolehkan anda membuat penguasaan sesuatu Niche. Katakan anda menjual produk berkaitan kerepek. Jadi kandungan laman web anda mestilah mempunyai banyak perkara yang berkaitan kerepek. Dengan ini barulah Google mengiktiraf website anda sebagai authority didalam sesuatu niche. Cuba lihat syarikat Yusof Toyub pasti anda dah tahu yang mereka adalah authority didalam produk dari kurma. Itu contoh bagaimana Google melihat website anda.

Inbound Link pula adalah berkaitan dengan Relevancy website anda yang mendapat link dari website luar. Ianya adalah backlink. Akan tetapi, proses buat backlink bukanlah menjadi kewajipan bagi blog anda. Jika dulu anda dinyatakan perlu membuat backlink yang banyak supaya DA website dapat ditinggikan.. Akan tetapi cara ini sudah tidak berkesan kerana yang Google mahu lihat adalah, bagaimana interaksi pelawat kepada content anda?

Jadi backlink yang tidak diklik, tidak akan membawa erti kerana Google akan melabelkan yang backlink tersebut sebagai SPAM. Katakan anda membuat backlink di Facebook. Google akan melihat pula interaksi pelawat yang klik pada backlink anda tadi. Jika pelawat tidak habiskan bacaan, atau tidak klik pada laman lain didalam blog atau website anda; Google akan melihat yang kandungan ini mungkin tidak relevan.

Ingin Belajar Hasilkan Blog Yang Mesra SEO?

SEMAK : World Class Blog Case Study – Panduan Hasilkan Blog Yang Mesra SEO

Baik, itu adalah serba sedikit perkara yang saya Azham Zanal boleh kongsikan. Jangan lupa add saya di FB supaya anda tidak terlepas lebih banyak perkongsian berkaitan SEO. Diharap dengan selembar artikel ini dapat meningkatkan pemahaman anda tentang apakah domain authority.