Apa Itu Black Friday?

Apakah anda pernah mendengar perkataan black friday , Adakah ini bermaksud Hari Jumaat Hitam atau Hari Jumaat Gelap? Bunyinya seperti negatif, namun ianya 360 darjah terbalik. Hari Jumaat Hitam ini amatlah ditunggu-tunggu oleh ramai orang kerana pada hari ini kebanyakan peniaga memberikan diskaun yang melampau-lampau, dan diskaun ini hanya berlangsung dalam masa sehari sahaja.

Ianya adalah hari berbelanja penduduk Amerika selepas Hari Thanksgiving dan sebelum Krismas. Biasanya gedung-gedung jualan besar akan membuka kedai mereka selama 24jam pada hari ini disebabkan bilangan pelanggan yang amat ramai. Sehingga gedung-gedung jualan menjadi huru hara seperti Gedung Nike pada tahun lepas, kedai tersebut seperti baru dilanggar gempa bumi.

Sejarah Hari Jumaat Hitam.

Terdapat beberapa versi asal permulaan Hari Jumaat Hitam ini, versi pertama yang direkodkan pada 24 September 1869, tetapi Jumaat Hitam ini tiada kaitan langsung dengan jualan murah, tetapi lebih kepada keruntuhan harga emas di pasaran Amerika Syarikat. Dua pedagang Wall Street, Jay Gould dan Jim Fisk telah membeli emas dengan jumlah yang banyak sehingga mencipta satu spekulasi bahawa emas akan meroket naik. Apabila pelabur-pelabur lain mengikut pergerakan dengan membeli emas di Wall Street. Dua individu ini menjual kesemua emas mereka dan menjadikan harga emas merudum dengan banyaknya sehingga mencipta satu krisis kewangan. Ramai pedagang Wall Street bankrap pada peristiwa ini.

Versi kedua pula adalah versi yang paling popular, di mana pada ketika dahulu para pekedai merekodkan angka jualan mereka dengan menggunakan warna merah dan hitam, warna merah menunjukkan kerugian, manakala warna hitam menunjukkan bahawa kedai sedang membuat untung. Disebabkan terlampau ramai pelanggan yang membeli pada hari tersebut, maka rekod kerugian kedai sepanjang tahun yang berwarna merah mula berubah kepada warna hitam. Namun ini hanyalah cerita mitos.

Versi ketiga adalah cerita yang paling sahih, iaitu Hari Jumaat hitam yang sebenar adalah betul-betul hari Jumaat Hitam, bukannya Jumaat Hitam yang ditunggu-tunggu pada hari ini. Ceritanya bermula di Philadelphia, Amerika Syarikat pada tahun 1950. Pihak polis Philadelphia mentakrifkan Hari Jumaat Hitam adalah kerana berlaku satu kekacauan luar biasa di bandar tersebut disebabkan bertembungnya pesta membeli-belah selepas Hari Thanksgiving dan pertandingan akhir American Football oleh Tentera Laut Amerika, di mana bandar Philadelphia mengalami kesesakan luar biasa dan kacau bilau, terdapat beberapa kemalangan dan isu kecurian pada hari ini. Menyebabkan pihak polis terpaksa membekukan cuti anggota dan bekerja dua syif pada hari tersebut.

Pada tahun 1961, para pekedai cuba menukar nama Jumaat Hitam kepada Jumaat Besar untuk menukar bunyi negatif dalam Jumaat Hitam. Namun mereka tidak berjaya kerana nama Jumaat Hitam amat popular. Istilah Jumaat Hitam ini tidak tersebar ke seluruh Amerika Syarikat sehinggalah pada tahun 1985, istilah ini dikenali sebagai satu acara membeli-belah dengan diskaun gila-gila. Sehingga kini beberapa wilayah di Amerika Syarikat menjadikan Jumaat Hitam sebagai cuti umum, wilayah tersebut adalah Arkansas, California, Delaware, Florida, Georgia, Illinois, Indiana, Iowa, Kentucky, Maine, Maryland, Michigan, Minnesota, Nebraska, Nevada, New Hampshire, New Mexico, Ohio, Oklahoma, Pennsylvania, South Carolina, Texas, West Virginia, dan Wisconsin.

Bilakah hari Jumaat Hitam?

Hari Jumaat Hitam adalah hari Jumaat minggu keempat pada bulan November setiap tahun. Pada tahun ini ia jatuh kepada 24/11/2017. Pada ketika ini beberapa syarikat sudah mula memberikan tawaran-tawaran hebat. Antaranya Themify, WPMUDEV dan BSE Network – Unlimited Web Hosting

Gunakan kod BLACKFRIDAY2017 untuk diskaun sebanyak 50% bagi BSE Network-Unlimited Hosting. Sah sehingga 25/11/2017 waktu UK.

Jom sama-sama kita rebut tawaran-tawaran hebat sepanjang Hari Jumaat Hitam ini.