Blog WP Malaya diwujudkan oleh komuniti WordPress untuk berkongsi pengetahuan tentang ilmu WordPress, web dan seangkatan dengannya.

Diasaskan pada September 2017. Blog ini menjadi platform untuk para penulis-penulis bebas untuk berkarya selain berkongsi ilmu.

Kami sedar perlunya ramai penyumbang artikel bagi memeriahkan lagi komuniti WordPress di Malaysia dengan berkongsi ilmu-ilmu yang ada.

Tiada sebarang upah diberikan sebagai penyumbang artikel dalam blog ini, namun anda boleh:

  1. Membina nama dan kredibiliti anda dengan menggunakan platform WP Malaya.
  2. Menjual servis yang anda sediakan dengan menggunakan teknik softsell di setiap artikel perkongsian anda (Bukan artikel hardsell)
  3. Menjana pendapatan melalui affiliate dengan melakukan review produk seperti theme,plugin ataupun software (Boleh letakkan link affiliate anda dalam artikel)
  4. Membina backlink ke laman web anda. Anda boleh letakkan artikel ringkas atau artikel gubahan di laman web ini jika artikel tersebut sudah ada dalam laman web anda. Anda boleh letakkan link kredit di hujung artikel. Backlink untuk SEO.

Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang penyumbang artikel dalam blog ini.

DAFTAR DI SINI SEKARANG